Popular Posts

Monday, September 5, 2011

Cuti 4 bulan yg panjang.....

Nak buat rumusan skit la pasal cuti 4 bulan aku nih...

BULAN 1:
Lepas exam aku terus balik umah & dalam masa 3 minggu aku cuma duduk  rumah jadi 'suri rumah'....quite boring tp ada la jugak masa untuk famili..dah la jarang balik...kan...so for this 1st month tak ada banyak menda untuk diceritakan...

BULAN 2:
Aku terlibat dengan latihan untuk sukan MASUM..so kena balik uni. untuk training dalam masa 2 minggu then pegi tournament dekat UPM.seronok sgt sebb hubungan antara team member tenis aku dah makin rapat (for those who involves la) & banyak mengajar aku erti persahabatan,ego,sakit,macam2 la....but seriously, I really love them ssooo muchhh...

BULAN 3:
Done with MASUM, aku terus keja part time dengan paksu aku dgn syarikat kontraktor...perghhh..dah lama tak rasa keja macam tuh..penat jugak...mula2 ok la sebb ada budak praktikal,tp lepas yg lama dah habis, so aku dengan budak praktikal baru pulak buat keja.macam2 dugaan jugak la...padahal keja part time je kt...

BULAN 4:
Masuk bulan ke-2 keja aku cuma keja setengah bulan ja...bulan Ramadan datang & tahun ni aku sambut hari lahir ke-21 aku dalam bulan Ramadan.Alhamdulillah...tak sangka umur aku dah 21 tahun...rindu sangat alam remaja.macam2 dugan yang datang. aku berenti keja awal sebab nak tolong mak buat karipap mini untuk tempahan raya. then, hari raya Aidilfitri pon datang...bes la jugak,cuma aku terasa la jugak ada perbezaan sikit....ada yang baik,ada yang tak...ada gembira,ada sedih...cuma aku harap 'dia' adalah yang selalu dalam doaku..

Friday, July 15, 2011

Takkan Lari Gunung Dikejar

Assalamualaikum wm...

Hari ni aku nak share something pasal FB. Ada 2 kes ari ni yg wat kan aku bengang & t'senyum sendirik.

KES 1:
Ni status aku semalam kat FB "frankly say,i'm not ready yet for work,study is da bes for now..(alam keja lebih byk dugaan dri belajar)".....then ada la sorang kawan ni komen yg spt berikut "dak mnja cmtue la...sumer x tahan..:-p"
 Aku tak paham, apa kena mengena manja dgn hal ni?aku cuma cakap x sedia lagi utk kerja. Sbb bg akuwlupun  belajar sush,penat tp aku lbih suka belajar selagi aku mmpu..lgpun ilmu kena la tuntut sampai ke liang lahad kan? Kadang2 mgkin watak  seseorang tuh nampak manja, tp pemikiran dia mgkin lebih matang. Jadi jangan judge seseorang tuh sebb kita tak layak utk menghakimi sesiapa kecuali DIA.


KES 2:
Kat FB jugak..aku terkejut sebb ada seorang kawan lama (boy) tetiba chat. Wah,dia cakap dia ikuti perkembangan aku. Terharu la jugak kan, rupanya.....Dia update dgn tgk FB sorang kawan pompuan aku...em...ada makna..tp termalu jugak la aku. Tak pe la, as long as dia masih ingat aku.


Kesimpulannya..aku ari ni macam2 perasaan muncul dalam diri aku. Penat, marah, hepi, keliru...dah bercampur baur mcam rojak. Haha..kekadang macm nk gelakkan diri sendiri....

Wednesday, July 13, 2011

ANDAI DIA MEMANG UNTUKMU

Andai dia memang untukmu,
Maka janganlah biarkan perasaan sayang itu mengatasi nafsu,
Jangan biarkan realiti menjadi mimpi,
Tapi berdoa lah agar dia senantiasa menyayangimu seadanya,
Dan menjadi milikmu suatu hari nanti.

Andai dia memang untukmu,
Janganlah diragui kesetiaannya,
Janganlah diundang rasa ragu,
Setelah cinta diluahkan,
Menantikan  sebuah lafaz dalam penikahan.

Andai dia memang untukmu,
Percayalah tidak mustahil terjadinya perpisahan,
Perit, pedih, dan menyakitkan,
Berusahalah untuk pertahankan kasih yg telah tercipta,
Jika kebahagiaan yang ingin dirasa.

Satu hati bagi dua jiwa,
Andai ada kata yang tidak terluah,
Andai masa tetap berlalu,
Menanti lah  dengan penuh kesabaran,
ANDAI DIA MEMANG UNTUKMU.

Monday, July 11, 2011

UPDATE BLOG

ASSALAMUALAIKUM WM....

Dah lama betul rasanya tak update blog ni & banyak rasanya yg nak diceritakan dekat Diari Maya.

Dear DIARY,
Team Tenis Perempuan
         Beberapa minggu lepas aku terpilih untuk jadi wakil universiti ke Majlis Sukan Antara Universiti (MASUM) dalam game tenis. So, training start dari 13-23/6. Pagi petang training sampai kulit dah jadi gelap...huhu...then kami pergi ke UPM pada 24/6, test court 25/6 & the nxt day start la game kami..

Banyak menda jugak la yg jadi masa training & games ari tuh...melibatkn emosi, ketahanan fizikal & mental. Aku??haha..aku jadik simpanan je, nak kata pandai main tuh tak sangat pon. Tp pengalaman yg aku hadapi mengajar aku erti ketabahan, kekuatan dalaman yg penting, work as a team..& honestly, aku sgt2 sayangkan team tenis aku. Rapat, ting-tong, hu-ha sana sini, tp bila sampai perkara yg serius..we take it as a serious things. Usaha utk menang but at da same time enjoy da game. Walaupun kurang bernasib baik, team lelaki dah bg yg terbaik & aku bangga dgn dorang. Gurls need more & extra effort to give a good competition.

Team Tenis Lelaki
Ada la jugak jalan2 area K.L...kami pegi The Mines, ALAMANDA, Mid Valley...tp aku tak dapat nak shopping apa coz duit abes dekat makan jek. Ye la, mahal kot makanan area sna.. kalau tempat aku nasi ayam baru RM3-3.50 tp kat sana nasik ayam mau RM4-5.50..huhu...then, time tuh jugak la muncul McD, SUBWAY, POPEYE, PIZZA HUT, DOMINO'S PIZZA, KFC (dah biase)..& apa2 lagi la. & 1 lagi pengajaran untuk aku..nak kemana2 kena bawak ATTIRE yg khas untuk berjalan..ni tak, g mall pon pakai jersi..huhu..tp takpe la...tak ada org peduli pon..hahah

Lepas 2-3 hari balik & rehat, aku pon start kerja dgn paksu aku yg ada syarikat kontraktor. Mula2 jaga kedai bawah ja..( kedai hardware) tp disebabkan takde orang datang, aku pon duduk la kat atas (pejabat). Dapat la belajar skit sebanyak pasal  isi borang tender, pegi taklimat sebut harga, & lawat site. Setakat seminggu ni macam tuh la. 2-3 ari lepas aku pegi bercuti kat Kurau Stones resort dgn famili sebelah abah, tp sebenarnya nak meraikan budak2 praktikal abes l.i. Nak upload pic, tp lupa lak yg tak transfer lagik.Erm..kat tempat lain agak2nya ada ke company sebaik ni? Asal ada budak abes l.i, ada majlis tok dorang. Kalau aku mesti t'haru gile..haha..

Sekarang aku tgh dalam usaha nk kuruskn badan...ye la...tak lama lgi posa then raya!!nak la kurus skit,nak pakai baju kebaya la katakan..hahaha....so wait n c ya....cau cin cau..wassalam..

Wednesday, June 1, 2011

ANIME-KIPAS-SUSAH-MATI???

Betul ke aku ni anime-kipas-susah-mati @ die hard fans anime sampai nama blog pon http://animekipas-susah-mati.blogspot.com

Memang la tak dapat dinafikan aku suka kartun & anime, tp sbnarnya nama ni aku secara tak sengaja terletak. Ye la, letak nama ni, dah ada orang ada, letak nama tuh, kena reject..last2 aku pakat main taip je & then...pooff!! Got it...Jadi kepada bloggers yg pandai teknologi tuh cuba la tolong aku coz aku ni baru ber'jinak' nak b'blog ni.

So, susah nak jumpak kawan2 yg minat anime ni...especially gurls. Most of my frens love koreans, japan...(I mean real drama @ mvie)..jadi susah nak jumpak kawan yg sama2 dapat share minat. Ramai cakap, macam budak2 tengok kartun,...HALLO...ada aku kisah, it's juz an entertainment for me, do I need your opinion on it? Setiap individu ada cara sendiri nak hiburkan diri masing, asalkan tak terpesong sudahlah kan...

suka watak nie...
Aku pun dah tak ingat anime2 yg aku penah tengok...let me revise, Sailormoon, Dragon Ball, Doraemon, Shin Chan, Chibi Maruko Chan, Atashinci, Power Rangers (anime ke??), Black Cat, Black Jack, One Piece (otw), Bleach & ssooo on....

 

Thursday, May 26, 2011

MAAF...

Apabila satu kesalahan @ perkara yg tak sepatutnya kita buat telah menyebabkan seseorang @ sesiapa terasa hati, kita akan minta maaf. Orang selalu cakap, sedangkan Nabi maafkan umat, inikan pula kita orang biasa. Aku penah terbaca pasal artikel Dr. H.M Tuah Iskandar. Dia kata maaf adalah hak seseorang individu & kalau ada orang telah berbuat sesuatu yg tak baik pada kita & kita tak dapat nak maafkan dia, jadi jumpaklah di akhirat nanti..(lebih kurang macam tuh la bunyinya)..Ada jugak yg cakap..kalau kita nak kemaafan dari seseorang, kita kena belajar memaafkan orang.

Sebenarnya bukan mudah nak memberi maaf & meminta maaf..kan??satu hubungan yg baik boleh menjadi keruh bila ada keegoaan dalam diri masing2. Tp ada satu benda yg aku tak faham kat sini. Kenapa ada orang yg sanggup nak bawak fitnah, cerita tak elok, perkara mengaibkan tentang orang lain??yg lagi aku tak paham, kalau orang tuh darah daging @ dah jadi sebahagian dari keluarga dia...WHAT DA????

Sakitnya hati, Allah ja tau...kalau bukan disebabkan kewarasan akal, dah lama aku sepak terajang manusia macam tuh..pergghhh!!mulut busuk...kalah bau longkang @ lojji kumbahan..

P/s: kepada sesiapa saja (including me)...kita memang tak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan. baru2 ni pon aku telah lukakan hati orang yg aku sayang..kadang2 kita tak bermaksud pon, tp sentiasa maaf memaafi akan buatkan diri kita lebih tenang. Walau ada sedikit kebencian, lama2 akan bernanah jugak. Kita cuma manusia biasa, tak semulia Nabi, namun pucuk pangkalnya terpulang pada hati kita sendiri..


Rosulullah Shallahu Alaihi Wa’Sallam Bersabda :
“ Orang yang paling di cintai Allah di antara kalian adalah orang yang paling baik budi pekertinya, yang merendahkan diri, yang menyukai dan yang di sukai.
Sedangkan orang yang paling di benci oleh Allah adalah orang-orang yang berjalan dengan mengadu domba, yang memecah belah persaudaraan serta orang yang menuntut orang lain yang tidak bersalah akan kesalahan-kesalahannya.” ( HR.Ath-Thabrani )

Thursday, May 19, 2011

CINTA

Kenapa ye aku nak cakap pasal ni? Cinta..1 topik yg ckup hangat diperkatakan setiap masa..dekat sini aku nak share dhn korang sume sedikit sebanyak tentang cinta, cintan & cintun ini..

Memang tak dapat dinafikan skang citer pasal cinta siber, cinta terlarang, cinta antara dua darjat, cinta pasal ketuhanan & macam2 ag sibuk dimainkan kat tv..idea lain  tak de ke??tak pon asyik pasal citer hantu la,syirik la,khurafat la..macamna la budak2 skang tak t'pengaruh...aishhh (dah lari tajuk pulak)

Macamni kisahnya..orang selalu tanya aku "Takde pakwe ag ke?"..."Hepi je, bahagia dgn sape2 ke skang??"..."Wah, sihat jek, mesti tgh dok 'bahagia ni"..."Cari la sorang wat teman"...& bla bla bla
Jawapan aku?? Senang jek.."Erm, tak jumpak ag".."Tak sampai seru ag"..."MEMANG SENTIASA BAHAGIA PON"...nak ag senang?? "KALAU ALLAH DAH TENTUKAN JODOH UTK AKU, TAKKAN LARI GUNUNG DIKEJAR..KAN??"
Saja ja bold kan...ntah apa2 la...

Sebenarnya...yg terbuku kat ati aku..(serius ni)
Yes, memang seronok tgk orang couple..bohong la kalau aku cakap aku tak mau rasa 'kebahagian' macam tuh..tp setakat mana saja 'kebahagian' tuh kalau kita mengabaikan apa yg lebih utama..??Aku pun tak de la baik sangat, tp aku masih ingat tanggungjawab aku kat mak abah, yg utama..DIA..pecaya tak??kita sanggup topup banyak, not for our parents, but for CALLING2 our makwe @ pakwe?? Call mak abah pon tak sekerap kita call 'teman tp mesra' kita tuh kan??
Yang aku inginkan bukan 'teman tp mesra' @ 'teman separuh masa'..tp seorang suami yg mampu membimbing & menyayangi aku...apa yg lebih penting, hubungn tuh HALAL..pada yg couple, dats ur right...
Aku pecaya...perempuan yg baik utk lelaki yg baik..kan??? (Memang kena usaha sikit, tp skang bukan masanya nak pikir pasal suma tuh pon..)


From deep inside my heart...
Cinta adalah satu teka-teki, macamana kita hendak merungkainya, ia perlukan satu usaha..terpulang kepada kesungguhan kita. Kalau kita sabar, tepatlah jawapannya..dan kalau kita gopoh, terlihatlah kelemahan kita...

Wednesday, December 29, 2010

NEW YEAR!!NEW SPIRIT!!

Assalamualaikum wm....awal Muharram sudah...tahun 2011 bakal menjelma..
Well...its quite a long period since my last post in this blog. I quite disappointed with my  result..>_<..huhu. So wish to let myself calm down before I writing my blog..let by gone is gone..

                     Akhir2 ni macam bes plak speaking2 nih...xpe la...practice make perfect..rite?? Hari ni aku & kawan2 baik sekampung aku g jalan2 kat Bukit Merah..haha...ni la gmbr yg memaparkn kegembiraan kmi..

                   tengok!!hepi kan kami....hihi..kredit 2 Fiza coz bawk keta....

Kat sni aku nak kongsi skit pasal hubungn b'kawan.....
Sebenarnya...masa yg diluangkn b'sama itulah lbih merapatkn kmi x kira la jumpk kat mne2 pon...yg penting sahabat yg baik akn sntiasa b'sama kita x kira senang @ sush..walaupon kmi sekampung & jarang jumpak, mgkin itu lbih baik coz ia akan wjudkan perasaan rndu..( ye la,sume dh stdi jauh2...mcmna nk jumpak)..

      Erm...aku pun kalau balik rumah malas rsa nak kuar..wlupon famili aku mostly bz,tp at least aku rsa senang ati tgk dorang..mask tok dorang..kadang2 aku suka ajak abg aku kuar,duit xde,tp sje je coz nk spend time same2...lg pun dorang sbuk cri rezeki xkan nak suruh dorang sje2 teman aku..kan...duit x penah nye ckup bla kita dlm dunia nih...hahaha.....ngarut dah aku....ape2 pon...next year kena lg kuat b'usaha!!!!!GANBATTE AIN-SAN.....!!!btol ke nih??huhu...daaa.....


 

 

Sunday, December 12, 2010

nothing precious than my home and family

Assalamualaikum wm..

Well I would to introduce u all with my home sweet home..
                                                                         my home

The pic quite blurr becoz my cam having a little lens problem..I live at rural area & its give me something that I really thankful, my family, friends and my home itself.  Around my house there is a lot of flora that can be found and mostly are vegetables, fruits, and also some flowers. Here are the list of my green plants :
  • pumpkin
  • rambutan
  • limau bali
  • mango
  • limau manis
  • serai
  • durian belanda
  • durian
  • kelapa pandan
  • kelapa kuning
  • jambu air
  • kedondong
  • pisang
  • cempedak
  • buah putat (a kind of vegetables)
  • pegaga gajah
  • terung pipit
  • peria katak
  • dragon fruit
  • cili
  • kucai
  • ciku
  • keladi
  • n...many more
Alhamdullilah...so when my cousins @ aunt @ uncle come with their family, we have somethings to share with them. And the most fruit that become their choice is limau bali ( actually I'm not eat that fruit and also ciku). This short sem break I really having fun with my mom by spending time together in fishing. But its quite disappointed becoz this not  the season of fishing. My mom make 'pekasam' and sometimes 'ikan kering' ( I only like pekasam)..So, let have a look whats around my house..

                                                                       ikan pekasam

                                                                     kacang kelisa

                                                                   pokok sukun

Friday, December 10, 2010

BALASAN UTK 'TERIMA KASIH'

Ibu mengandung & melahirkan kita, tp kita m'balasnya dgn kesakitan yg hanya dia mampu rasakan..

Ibu menyusukan kita, tp kita m'balasnya dgn menggangu wktu rehat & makannya..

Ibu menyuapkan kita makanan, tp kita m'balasnya dgn menepis2 & sembur makanan itu..

Ibu menidurkn kita & m'halang walau seekor nyamuk m'hampiri kita, tp kita m'balasnya dgn merengek & menangis d tgh malam..

Ibu menyiapkan kita utk ke sekolah, tp kita m'balasnya dgn pergi tnpa b'salam dgn ibu..

Ibu memasak makanan utk kita, tp kita hanya pandai kritik masakannya apatah lg nak memuji jauh sekali..

Ibu datang menghantar kita ke universiti, tp kita m'balasnya dgn perasaan malu kerana datang dri kampung..

Ibu begitu gembira melihat kita menjadi orang berjaya, tp kita membalasnya dgn m'hantar dia ke rumah orang2 tua...



Ayah bekerja siang malam utk mencari rezeki, tp kita m'balasnya dgn meminta macam2..

Ayah penat selepas pulang bekerja, tp kita m'balasnya dgn merengek utk didukung..

Ayah membeli beras & makanan utk kita, tp kita m'balasnya dgn membazirkan makanan..

Ayah sanggup mengerah keringat mencari duit kita ke sekolah, tp kita membalasnya dgn membeli barang2 permainan, shopping, belanja awek dll...

Ayah meminjam kereta org utk m'hantar kita ke universiti, tp kita m'balasnya dgn meminta duit atas alasan baru di tempat org, takut perlukan banyak duit..

Ayah hanya mohon pulang melawat walaupun sekali sebulan, tp kita m'balasnya dgn kata2 kesat kerana sibuk dgn kerjaya apatah lg m'beri nafkah..



Tak lama selepas itu, pergilah si ibu & si ayah td menghadap Illahi. Tanpa kita sempat meminta maaf, tnpa sempat mengucup dahi & tangan mereka telah pergi buat selama-lamanya.Walau dgn apa cara sekalipun kita melayan ibu & ayah, mereka tetap t'senyum & sentiasa berdoa ke atas diri kita. Tp kita bukan shja sntiasa menyusahkn mereka, malah secebis doa pun tidak pernah lahir dri mulut yg telah disusui & disuap makanan ini. Setelah mereka pergi baru lah hendak disesali, apakan daya semasa hidup mereka lgsung tidak dihargai..RENUNGKANLAH...semoga sama2 menjadi pedoman buat kita semua..

Thursday, December 9, 2010

20 tahun yg berlalu..

Hari ni genap umur aku 20 tahun 4 bulan..so kat sini aku nak kongsi dgn korang apa kenangn @ peristiwa yg penah berlaku dalm hdup aku,tp sori la..tak semua dapat aku cite..

Umur 1-12 tahun 
Well, of coz i'm not remember what really happen during my childhood but i'm can refresh only during my age around 9 and above. Aku pindah ke rumah yg aku duduk sekarang masa umur aku tepat 1 tahun, thats mean on 10/08/1991 (spt yg dbgtau oleh mak aku). waktu tuh kmpung yg aku duduk ni bru nak start m'bangun & parit depan umah aku cntik sgt, macam sungai. Time umur nih aku suka kawan dgn budak laki, tp 1 menda yg aku suka dri dlu smpi skang adalah tedi bear...Aku tak suka yg jenis macam barbie, takut coz menyerupai manusia..huhu..Macam2 aktvti yg aku wat dgn kawn2 laki aku kat kmpung nih..Contohnye, wat rakit pakai batang pisang time bnjir (kena marh woo coz pakat men tebang pisang org..haha), main meriam kabait (tau tak??), masuk kebun sawit (konon nk camping la tuh), main lastik, mandi kat parit, ronda2 nek basikal, main senapang (buat sndrik dri kayu tau), panjat pokok, main guli, gasing, batu seremban, layang2...bla bla bla & paling aku tak leh lupa 10 org laki & aku sorang je pompuan main roundes..haha. Masa umur 9 tahun dah bljar memask ( bukan main masak2 tau)..Kat sekolah rendah ada je kwan pompuan, tp masa nak ajk main malas lak dgn dorang..Selalu ranking top 5 la dalam kelas time kuar result exam..syok,tiap2 tahun dapt hadiah. UPSR aku dapt 4A 1B, jgn tnya subjek ape coz memg aku dah tak ingat....

Umur 13-17 tahun
Aku dah melangkah alam remaja & meninggalkan zaman kanak2..waktu nih aku dah jarang main dgn kawn2 laki & start b'kawan dgn budak2 pompuan. Dari form 1 smpai form 5 aku jadik pengawas PSS, dah tuh bju tuh wrna PINK pulak...adoyai,aku dgn wrna pink dah la tak berapa nak ngam coz aku suka wrna biru...kan agak kontra d situ,tp pengawas sekolah je pakai bju biru..aku tak nak jadik pgwas sekolah coz masa primary pon dah jadik pgwas skolh..Jadi nak tukar angin la pulak.. Maybe dsebabkan aku jadik pgwas PSS jugak la, aku byk dapat peluang masuk p'tndingan macm pidato, syarahan, sajak, debat, public speaking & bla bla..tp yg aku sesalkan, tak diberi peluang langsung utk b'lakon...(huhu...sedih tau). Ragam jgn cakap la, memg byk..kem2 yg aku pegi buatkn aku kenal lg byk ragam mnsia..Kat daerah aku ni, cuma 3-4 buah skolh lg je yg aku tak penah pegi, yg lain mostly dah..PMR aku dapat 7A 1B, ape yg B??haha...aku ingt tp aku tak nak kasi tau..Then aku masuk kelas sains & amik pure sc..Masuk umur gni aku tak rasa perbezaan apa pon..& time ni jugak la aku baru kenal 'dia'...bla diingatkn balik memg kelakar coz ye la, time tuh org mostly dah pkai henfon tp 'dia' takde henfon..so kami pon b'utus surat la..& sampai skang aku still simpan surat tuh..takde sebarang declaration pon tp kami seolah2 faham apa yg masing2 rsa..i'm really miss him..Haa, in the end of dat year, silibus dah habis & kami pon boring sgt bila masuk kelas. So, aku cadangkn dalam kelas biologi kami BEDAH katak..bes SIOT!!tp niat tok blaja bukan main2 k. Aku mintak tolong kawan aku carikan katak tok kami, & keesokannya adalah katak2 t'sebut. Masa dalam makmal, sir aku letak la kloroform tok 'PENGSAN'kan binatang t'sebut. Tapi tnpa diduga ada sekor katak yg paling besar tetibe melompat kuar dri bekas kaca tuh. Takde sorang pon yg berani nak tgkap (t'masuk sir aku..ngehehe) & aku pon kebetulan dah pakai glove pegang katak tuh dak letak dalam bekas kaca t'sebut & kata "Katak yg besar ni aku punya..."dorang pon iyekan je la..haha...kelakar2.. time form 5 pon bes gak, konon seronok sebb akan meninggalkn alam sekolh..aku g skolah pon naik moto dah time tuh. Byk tggjawab tambah2 bla aku dah jadik pengerusi pgwas PSS. Dari primary, secondary smpai skang memg tak penah lepas dri tugas2 kepimpinan.. Result SPM memg agk teruk jd tak payah la dinyatakn d sini, k..

Umur 18- sekarang
Lepas SPM aku tak buat ape pun, besarkan badan jek..then bla keluar tawaran matrik, aku sedih coz tak dapat,so aku pegi 3-4 hari rumah mak ngah aku kat Ipoh utk tenangkan fikiran...sedih kot..tak lama lepas tuh aku dapat tawaran form 6 aliran sains. Aku pegi tp around 2 weeks jek coz lepas tuh tnpa diduga aku dpat tawarn matrik pggilan kedua kat MATRIK MELAKA 08/09...tak byk sgt citer mase mtrik coz wktu singkat je,setahun & aku jdik pasif, skema...haha..padahal byk ckp. Agak jauh kan MELAKA, nasib stahun je. tp bla lg nak melawat tempat org. disebabkan aku nih satu2nya anak pompuan dalm kluarga & bongsu org slalu kata aku nih manja, tak reti berdikari. Hati aku sakit sgt, so aku nekad nak pilih tempt jauh coz nak show kat dorang aku mmpu b'diri atas kaki sndiri. Bukan salah aku aku pon, dah ni ketentuan Allah. Dorang yg mengata aku tak sedar yang  dorang 'perli' kejadian Allah, diri sndri tak mau tgk pulak. Aku ingat lagi wlupon setahun kat melaka byk pglaman hdup aku. Naik bas, komuter,monorail...sorang diri sbb nak pegi umah abg aku kat Rawang. & aku penah sorang2 bukak posa kat KL SENTRAL sbb 2 jam tggu abg aku datg ambik. Wktu tuh aku tgk org lain semua ada temn tp aku sorang diri duduk tepi jalan tgk org lalu lalang smbil b'bukak dgn waffer. Klu org lain menangis kot, tp aku kuatkan dri sbb aku yakin yg tuh akan jdik pglaman buat aku...& aku jugak ingat bla aku sorang2 naik ketapi ke Rawang dalm keadaan sakit coz eksiden (darah pon tak kering lg)..Aku amik sains hayat & smpai skang aku still CINTA biologi walaupun aku dh masuk ke bidang lain iaitu yg melibatkn FIZIK!!subjek yg aku paling lemah & tak berapa suke...diulangi,tak berapa suke..After matrik aku masuk ke tempat yg aku tgh studi skang UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP), course BUILDING ENGINEERING (under CIVIL)..rmai kawn2 & ada jugak yg tak berapa nak dikatakan kawn..hahaha...i've learn a lot of new things and i'll never regret da way dat I had chose..walaupun aku cube nak elakkn fizik tp alih2 fizik jugak yg datg dalam hdup aku..& dalm waktu nih la aku baru reti nak jadik macm 'pompuan'..haha,msti korang t'tnya2 knape kan..dlu yg aku tau t-shirt n trek je..then mse umur gni la bru tau nak dressing, pki cntik2 sket..kalau tak dlu..belemoih (comot laaa)..ye la,msa dlu kwan dgn budak2 laki n aku pon sume abg2, mna ada kakak..skang aku dah ada 2 org kak ipar n 3 org ank sedara yg kiut2 mcam mksu dorang..haha..erm...sekian dlu kot cite nih...byk ag tp dah tak larat nak smbung...hihi,daaa..