Popular Posts

Monday, September 5, 2011

Cuti 4 bulan yg panjang.....

Nak buat rumusan skit la pasal cuti 4 bulan aku nih...

BULAN 1:
Lepas exam aku terus balik umah & dalam masa 3 minggu aku cuma duduk  rumah jadi 'suri rumah'....quite boring tp ada la jugak masa untuk famili..dah la jarang balik...kan...so for this 1st month tak ada banyak menda untuk diceritakan...

BULAN 2:
Aku terlibat dengan latihan untuk sukan MASUM..so kena balik uni. untuk training dalam masa 2 minggu then pegi tournament dekat UPM.seronok sgt sebb hubungan antara team member tenis aku dah makin rapat (for those who involves la) & banyak mengajar aku erti persahabatan,ego,sakit,macam2 la....but seriously, I really love them ssooo muchhh...

BULAN 3:
Done with MASUM, aku terus keja part time dengan paksu aku dgn syarikat kontraktor...perghhh..dah lama tak rasa keja macam tuh..penat jugak...mula2 ok la sebb ada budak praktikal,tp lepas yg lama dah habis, so aku dengan budak praktikal baru pulak buat keja.macam2 dugaan jugak la...padahal keja part time je kt...

BULAN 4:
Masuk bulan ke-2 keja aku cuma keja setengah bulan ja...bulan Ramadan datang & tahun ni aku sambut hari lahir ke-21 aku dalam bulan Ramadan.Alhamdulillah...tak sangka umur aku dah 21 tahun...rindu sangat alam remaja.macam2 dugan yang datang. aku berenti keja awal sebab nak tolong mak buat karipap mini untuk tempahan raya. then, hari raya Aidilfitri pon datang...bes la jugak,cuma aku terasa la jugak ada perbezaan sikit....ada yang baik,ada yang tak...ada gembira,ada sedih...cuma aku harap 'dia' adalah yang selalu dalam doaku..

Friday, July 15, 2011

Takkan Lari Gunung Dikejar

Assalamualaikum wm...

Hari ni aku nak share something pasal FB. Ada 2 kes ari ni yg wat kan aku bengang & t'senyum sendirik.

KES 1:
Ni status aku semalam kat FB "frankly say,i'm not ready yet for work,study is da bes for now..(alam keja lebih byk dugaan dri belajar)".....then ada la sorang kawan ni komen yg spt berikut "dak mnja cmtue la...sumer x tahan..:-p"
 Aku tak paham, apa kena mengena manja dgn hal ni?aku cuma cakap x sedia lagi utk kerja. Sbb bg akuwlupun  belajar sush,penat tp aku lbih suka belajar selagi aku mmpu..lgpun ilmu kena la tuntut sampai ke liang lahad kan? Kadang2 mgkin watak  seseorang tuh nampak manja, tp pemikiran dia mgkin lebih matang. Jadi jangan judge seseorang tuh sebb kita tak layak utk menghakimi sesiapa kecuali DIA.


KES 2:
Kat FB jugak..aku terkejut sebb ada seorang kawan lama (boy) tetiba chat. Wah,dia cakap dia ikuti perkembangan aku. Terharu la jugak kan, rupanya.....Dia update dgn tgk FB sorang kawan pompuan aku...em...ada makna..tp termalu jugak la aku. Tak pe la, as long as dia masih ingat aku.


Kesimpulannya..aku ari ni macam2 perasaan muncul dalam diri aku. Penat, marah, hepi, keliru...dah bercampur baur mcam rojak. Haha..kekadang macm nk gelakkan diri sendiri....

Wednesday, July 13, 2011

ANDAI DIA MEMANG UNTUKMU

Andai dia memang untukmu,
Maka janganlah biarkan perasaan sayang itu mengatasi nafsu,
Jangan biarkan realiti menjadi mimpi,
Tapi berdoa lah agar dia senantiasa menyayangimu seadanya,
Dan menjadi milikmu suatu hari nanti.

Andai dia memang untukmu,
Janganlah diragui kesetiaannya,
Janganlah diundang rasa ragu,
Setelah cinta diluahkan,
Menantikan  sebuah lafaz dalam penikahan.

Andai dia memang untukmu,
Percayalah tidak mustahil terjadinya perpisahan,
Perit, pedih, dan menyakitkan,
Berusahalah untuk pertahankan kasih yg telah tercipta,
Jika kebahagiaan yang ingin dirasa.

Satu hati bagi dua jiwa,
Andai ada kata yang tidak terluah,
Andai masa tetap berlalu,
Menanti lah  dengan penuh kesabaran,
ANDAI DIA MEMANG UNTUKMU.

Monday, July 11, 2011

UPDATE BLOG

ASSALAMUALAIKUM WM....

Dah lama betul rasanya tak update blog ni & banyak rasanya yg nak diceritakan dekat Diari Maya.

Dear DIARY,
Team Tenis Perempuan
         Beberapa minggu lepas aku terpilih untuk jadi wakil universiti ke Majlis Sukan Antara Universiti (MASUM) dalam game tenis. So, training start dari 13-23/6. Pagi petang training sampai kulit dah jadi gelap...huhu...then kami pergi ke UPM pada 24/6, test court 25/6 & the nxt day start la game kami..

Banyak menda jugak la yg jadi masa training & games ari tuh...melibatkn emosi, ketahanan fizikal & mental. Aku??haha..aku jadik simpanan je, nak kata pandai main tuh tak sangat pon. Tp pengalaman yg aku hadapi mengajar aku erti ketabahan, kekuatan dalaman yg penting, work as a team..& honestly, aku sgt2 sayangkan team tenis aku. Rapat, ting-tong, hu-ha sana sini, tp bila sampai perkara yg serius..we take it as a serious things. Usaha utk menang but at da same time enjoy da game. Walaupun kurang bernasib baik, team lelaki dah bg yg terbaik & aku bangga dgn dorang. Gurls need more & extra effort to give a good competition.

Team Tenis Lelaki
Ada la jugak jalan2 area K.L...kami pegi The Mines, ALAMANDA, Mid Valley...tp aku tak dapat nak shopping apa coz duit abes dekat makan jek. Ye la, mahal kot makanan area sna.. kalau tempat aku nasi ayam baru RM3-3.50 tp kat sana nasik ayam mau RM4-5.50..huhu...then, time tuh jugak la muncul McD, SUBWAY, POPEYE, PIZZA HUT, DOMINO'S PIZZA, KFC (dah biase)..& apa2 lagi la. & 1 lagi pengajaran untuk aku..nak kemana2 kena bawak ATTIRE yg khas untuk berjalan..ni tak, g mall pon pakai jersi..huhu..tp takpe la...tak ada org peduli pon..hahah

Lepas 2-3 hari balik & rehat, aku pon start kerja dgn paksu aku yg ada syarikat kontraktor. Mula2 jaga kedai bawah ja..( kedai hardware) tp disebabkan takde orang datang, aku pon duduk la kat atas (pejabat). Dapat la belajar skit sebanyak pasal  isi borang tender, pegi taklimat sebut harga, & lawat site. Setakat seminggu ni macam tuh la. 2-3 ari lepas aku pegi bercuti kat Kurau Stones resort dgn famili sebelah abah, tp sebenarnya nak meraikan budak2 praktikal abes l.i. Nak upload pic, tp lupa lak yg tak transfer lagik.Erm..kat tempat lain agak2nya ada ke company sebaik ni? Asal ada budak abes l.i, ada majlis tok dorang. Kalau aku mesti t'haru gile..haha..

Sekarang aku tgh dalam usaha nk kuruskn badan...ye la...tak lama lgi posa then raya!!nak la kurus skit,nak pakai baju kebaya la katakan..hahaha....so wait n c ya....cau cin cau..wassalam..

Wednesday, June 1, 2011

ANIME-KIPAS-SUSAH-MATI???

Betul ke aku ni anime-kipas-susah-mati @ die hard fans anime sampai nama blog pon http://animekipas-susah-mati.blogspot.com

Memang la tak dapat dinafikan aku suka kartun & anime, tp sbnarnya nama ni aku secara tak sengaja terletak. Ye la, letak nama ni, dah ada orang ada, letak nama tuh, kena reject..last2 aku pakat main taip je & then...pooff!! Got it...Jadi kepada bloggers yg pandai teknologi tuh cuba la tolong aku coz aku ni baru ber'jinak' nak b'blog ni.

So, susah nak jumpak kawan2 yg minat anime ni...especially gurls. Most of my frens love koreans, japan...(I mean real drama @ mvie)..jadi susah nak jumpak kawan yg sama2 dapat share minat. Ramai cakap, macam budak2 tengok kartun,...HALLO...ada aku kisah, it's juz an entertainment for me, do I need your opinion on it? Setiap individu ada cara sendiri nak hiburkan diri masing, asalkan tak terpesong sudahlah kan...

suka watak nie...
Aku pun dah tak ingat anime2 yg aku penah tengok...let me revise, Sailormoon, Dragon Ball, Doraemon, Shin Chan, Chibi Maruko Chan, Atashinci, Power Rangers (anime ke??), Black Cat, Black Jack, One Piece (otw), Bleach & ssooo on....

 

Thursday, May 26, 2011

MAAF...

Apabila satu kesalahan @ perkara yg tak sepatutnya kita buat telah menyebabkan seseorang @ sesiapa terasa hati, kita akan minta maaf. Orang selalu cakap, sedangkan Nabi maafkan umat, inikan pula kita orang biasa. Aku penah terbaca pasal artikel Dr. H.M Tuah Iskandar. Dia kata maaf adalah hak seseorang individu & kalau ada orang telah berbuat sesuatu yg tak baik pada kita & kita tak dapat nak maafkan dia, jadi jumpaklah di akhirat nanti..(lebih kurang macam tuh la bunyinya)..Ada jugak yg cakap..kalau kita nak kemaafan dari seseorang, kita kena belajar memaafkan orang.

Sebenarnya bukan mudah nak memberi maaf & meminta maaf..kan??satu hubungan yg baik boleh menjadi keruh bila ada keegoaan dalam diri masing2. Tp ada satu benda yg aku tak faham kat sini. Kenapa ada orang yg sanggup nak bawak fitnah, cerita tak elok, perkara mengaibkan tentang orang lain??yg lagi aku tak paham, kalau orang tuh darah daging @ dah jadi sebahagian dari keluarga dia...WHAT DA????

Sakitnya hati, Allah ja tau...kalau bukan disebabkan kewarasan akal, dah lama aku sepak terajang manusia macam tuh..pergghhh!!mulut busuk...kalah bau longkang @ lojji kumbahan..

P/s: kepada sesiapa saja (including me)...kita memang tak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan. baru2 ni pon aku telah lukakan hati orang yg aku sayang..kadang2 kita tak bermaksud pon, tp sentiasa maaf memaafi akan buatkan diri kita lebih tenang. Walau ada sedikit kebencian, lama2 akan bernanah jugak. Kita cuma manusia biasa, tak semulia Nabi, namun pucuk pangkalnya terpulang pada hati kita sendiri..


Rosulullah Shallahu Alaihi Wa’Sallam Bersabda :
“ Orang yang paling di cintai Allah di antara kalian adalah orang yang paling baik budi pekertinya, yang merendahkan diri, yang menyukai dan yang di sukai.
Sedangkan orang yang paling di benci oleh Allah adalah orang-orang yang berjalan dengan mengadu domba, yang memecah belah persaudaraan serta orang yang menuntut orang lain yang tidak bersalah akan kesalahan-kesalahannya.” ( HR.Ath-Thabrani )

Thursday, May 19, 2011

CINTA

Kenapa ye aku nak cakap pasal ni? Cinta..1 topik yg ckup hangat diperkatakan setiap masa..dekat sini aku nak share dhn korang sume sedikit sebanyak tentang cinta, cintan & cintun ini..

Memang tak dapat dinafikan skang citer pasal cinta siber, cinta terlarang, cinta antara dua darjat, cinta pasal ketuhanan & macam2 ag sibuk dimainkan kat tv..idea lain  tak de ke??tak pon asyik pasal citer hantu la,syirik la,khurafat la..macamna la budak2 skang tak t'pengaruh...aishhh (dah lari tajuk pulak)

Macamni kisahnya..orang selalu tanya aku "Takde pakwe ag ke?"..."Hepi je, bahagia dgn sape2 ke skang??"..."Wah, sihat jek, mesti tgh dok 'bahagia ni"..."Cari la sorang wat teman"...& bla bla bla
Jawapan aku?? Senang jek.."Erm, tak jumpak ag".."Tak sampai seru ag"..."MEMANG SENTIASA BAHAGIA PON"...nak ag senang?? "KALAU ALLAH DAH TENTUKAN JODOH UTK AKU, TAKKAN LARI GUNUNG DIKEJAR..KAN??"
Saja ja bold kan...ntah apa2 la...

Sebenarnya...yg terbuku kat ati aku..(serius ni)
Yes, memang seronok tgk orang couple..bohong la kalau aku cakap aku tak mau rasa 'kebahagian' macam tuh..tp setakat mana saja 'kebahagian' tuh kalau kita mengabaikan apa yg lebih utama..??Aku pun tak de la baik sangat, tp aku masih ingat tanggungjawab aku kat mak abah, yg utama..DIA..pecaya tak??kita sanggup topup banyak, not for our parents, but for CALLING2 our makwe @ pakwe?? Call mak abah pon tak sekerap kita call 'teman tp mesra' kita tuh kan??
Yang aku inginkan bukan 'teman tp mesra' @ 'teman separuh masa'..tp seorang suami yg mampu membimbing & menyayangi aku...apa yg lebih penting, hubungn tuh HALAL..pada yg couple, dats ur right...
Aku pecaya...perempuan yg baik utk lelaki yg baik..kan??? (Memang kena usaha sikit, tp skang bukan masanya nak pikir pasal suma tuh pon..)


From deep inside my heart...
Cinta adalah satu teka-teki, macamana kita hendak merungkainya, ia perlukan satu usaha..terpulang kepada kesungguhan kita. Kalau kita sabar, tepatlah jawapannya..dan kalau kita gopoh, terlihatlah kelemahan kita...